Senaman VS Diet, Yang Mana Terbaik?

5 Cara Mengekalkan Kesihatan Sistem Otot
April 19, 2016
Show all

Diet  atau senaman? Keduanya perkataan yang sering kita dengar dari mulut mereka yang dalam proses untuk menurunkan berat badan dan kekal sihat.Berdasarkan pemerhatian, ramai orang bersenam dengan harapan untuk mendapatkan bentuk badan yang kurus dalam masa yang singkat.

Selepas beberapa hari bersenam dan melihat tiada tanda penurunan berat badan berlaku maka mereka terus menganggap tidak berbaloi dan berhenti bersenam. Kedua-dua senaman dan diet berkaitan antara satu sama lain bergantung kepada matlamat individu.

Sekiranya individu tersebut berhasrat untuk menurunkan berat badan,maka cara pemakanannya agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan mereka yang inginkan tubuh sasa.

Gula dan makanan yang diproses mungkin dua daripada halangan yang paling besar dalam usaha untuk mengekalkan berat badan yang sihat. Jika anda ingin mendapatkan  bentuk tubuh yang sihat,anda perlu berhenti merosakkan badan dengan mengambil makanan seperti itu.

Tiada lagi gula!

Kurangkan sebanyak mungkin gula dan makanan yang diproses sekiranya anda mampu.Tubuh  manusia  bertindak balas lebih baik terhadap makanan yang tidak diproses yang mana mengandungi rendah lemak, garam dan gula. Ia mungkin sukar pada permulaan tetapi ia akan memberi impak  yang tinggi kepada kesihatan diri anda.

Perkara penting  untuk diet yang sihat adalah saiz hidangan. Walaupun makanan yang belum diproses untuk  lebih rendah kalori, ia masih mempunyai kalori. saiz hidangan bergantung kepada tempat,sebagai contoh di Amerika size hidangannya  adalahbesar.

Anda perlu  mendidik semula diri sendiri tentang  saiz hidangan sebenar. Ia adalah satu idea yang sangat baik untuk membeli makanan dan menyukat makanan yang diambil,tak perlu terlalu spesifik cukup sekadar anda tahu kuantiti makanan tersebut terbaik untuk diri anda.

Harus kerap bersenam!

Kerap bersenam adalah satu bahagian penting dalam gaya hidup yang sihat. Ia menyebabkan metabolisme anda naik apabila anda berhasrat untuk memotong kalori daripada diet anda.

Ia boleh mempercepat proses pengurangan kalori  dengan tujuan untuk menurunkan berat badan, tetapi jika anda terus memotong kalori tanpa menaikkan metabolisme, kalori yang anda ambil akan tersekat lebih lama dalam badan.

Mulakan Cardio

Satu senaman kardio mampu membantu untuk menguatkan otot jantung, mengurangkan risiko serangan jantung, meningkatkan kapasiti paru-paru, mengurangkan kolesterol dan tekanan darah dan boleh membantu mengawal diabetes. Anda juga akan mendapat tidur yang lebih baik.

Antara kebaikan bersenam juga adalah ia akan membuatkan anda untuk terus mengawal pemakanan kerana senaman mampu mengurangkan stress yang mungkin buatkan anda makan sesuatu yang tidak patut dimakan.

Namun, konsistensi adalah paling penting.Tiada guna senaman dan diet untuk jangka masa pendek.Ia perlu dilakukan dalam masa yang panjang tanpa putus asa 🙂

Comments are closed.